Saturday, March 6, 2010

Pergerakan Emas Semasa

www.bebas-hutang.com

Sebelum saya explore lebih dalam berkenaan pelaburan dengan emas fizikal, mari kita sama2 tengok dulu trend harga emas sejak beberapa tahun yg lepas…secara overall, kite tahu harga emas ni naik, tapi bagaimana trend kenaikan ini berlaku?…pada saya, kite kena tahu trend ni supaya projection dan focus kite betul…lagi satu utk memaksimakan profit.

Chart kat bawah ni adalah gold price in RM/g bagi 2 tahun yg lalu…kite boleh lihat ade trend turun dan naik, tapi secara overall bagi 2 tahun, kenaikan adalah sebanyak 59.5%.




hampir sumer komoditi diniagakan dalam USD…begitu juga gold…jadi ape impaknye kepada RM bile diniagakan dlm USD…Chart kat bawah ni adalah trend gold price in USD/g…jika kite compare dgn chart kat atas tadi, iaitu dlm RM, tak byk beza…dan dlm 2 tahun, kenaikan adalah 53.8%.

gold trend 2


Chart yg ke-3 ni pula adalah gold price in RM/g bagi 5 tahun yg lepas…tak perlu nak dijelaskan, dah terang2 selepas 5 tahun harga emas naik sehingga 149%…wowow…byk tuh kalau nak compare dgn ASB ke UT ke.

gold trend 3

Kesimpulan (dgn ilmu yg tak seberapa):

Nak invest dlm gold, rasanya tak rugi…cuma utk short term, 3-6 bln, kena tgk trend…utk memaksimakan profit, dan supaya boleh capai target utk dpt profit dlm 3-6 bln…tapi kalau nak invest for long term, beli bila2 pun tak kesah…dah tentu naik

p/s: masalah time trend menurun ni stok gold lak takde…sama ada habis, atau kena sorok (kata otai2 gold)

Friday, March 5, 2010

Berhati-hati Semasa Mendapatkan Dinar Emas


Memandangkan sekarang sudah banyak pihak-pihak yang menjual dinar, kami ingin mengingatkan pembaca supaya berhati-hati dalam mendapatkan dinar. Ini adalah kerana tidak semua syarikat-syarikat atau individu yang benar-benar ikhlas mahu membantu anda mendapatkannya, ada juga yang melakukannya atas dasar keuntungan semata-mata.

Sememangnya Allah mengangkat darjat emas dan perak dengan menyebutnya didalam Al-Quran sebagai harta yang berharga sehingga ianya wajib dizakatkan. Tetapi, ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan ini untuk mengautkan keuntungan. Oleh itu, sebelum mendapatkannya, ambil perhatian atas berberapa perkara seperti dibawah:

1) Siapa yang menjual dinar tersebut, adakah individu tersebut sudah lama dalam bidang itu atau orang baru? Seelok-eloknya ambil masa untuk mengenali karakter orang tersebut dengan bertanyakan banyak soalan tentang dinar dan latarbelakangnya. Pastikan anda tidak dipaksa untuk membeli daripadanya secepat mungkin. Dan pastikan informasi yang diberi tidak bercanggah. Contohnya, minggu lepas cakap lain, minggu ini cakap lain. Setelah anda betul-betul yakin, barulah berurusan selanjutnya dengan orang tersebut.

2) Apa pengetahuan yang dia ada dalam dinar? Samada dia melakukannya dengan ikhlas untuk membantu Ummah atau memperkatakan tentang untung semata-mata. Ini adalah kerana ramai yang kehilangan duit untuk membeli dinar tetapi tertipu dengan cerita keuntungan sebegini.

3) Sekiranya syarikat yang menguruskan penjualan, pastikan kesahihan kewujudan syarikat tersebut. Perhatikan prosesnya sama ada "terlalu bagus" atau tidak. Adakalanya yang terlalu bagus, tidak semestinya bagus. Mungkin indah khabar dari rupa. Tunjukkan dan bincangkan operasi syarikat tersebut kepada rakan-rakan atau sesiapa yang mahir tentang dinar.

4) Lakukan banyak analisa dengan membuat rujukan di internet dan bertanya kepada kawan-kawan atau memasuki forum yang bercerita tentang dinar. Perhatikan feedback orang lain tentang sesuatu jenis dinar.

5) Ambil masa untuk menyimpan dalam dinar, anda tidak perlu rasa terburu-buru. Memang elok jika dapat menyimpannya dengan segera tetapi anda perlu mempersiapkan diri anda dalam ilmu Dinar Emas, iaitu benar-benar memahami kenapa anda perlu menyimpannya dan dari siapa anda patut mendapatkannya.

6) Banyak-banyak bersabar untuk mendapatkannya kerana yang baik itu kadang-kadang sukar tetapi yang tidak baik senang sahaja nak mendapatkannya.
Kenapa Perlu Simpan Emas

Adakah Simpanan Tunai keputusan yang terbaik ? Dalam keadaan kewangan dan geopolitik yang tidak menentu, simpanan tunai boleh jadi pilihan terbaik, tetapi betulkah simpanan tunai menolong kamu?

Sejak 2002, purata simpanan dalam US dollar memberi pulangan kurang dari 1% (Source: Bankrate.com). Dengan mengambil kira kadar inflasi pada jangka waktu yang sama iaitu purata sebanyak 3%, maka simpanan anda sebenarnya berkurangan pada Disember 2004 berbanding Januari 2002. Sedangkan pada jangka waktu yang sama, harga emas dalam US dollar meningkat sebanyak 57 %.

Bagaimana duit emas (dinar emas) dapat mempertahankan simpanan anda?

Katakan anda menyimpan $10,000 tunai dalam akaun bermula awal 2002. Selepas tiga tahun, kuasa membeli anda pada akhir tahun akan berkurangan -$681.36 atau - 6.8% selepas mengambil kira inflasi yang berlaku.

Tetapi jika kamu menggunakan $3,000 untuk membeli emas dan bakinya dalam akaun tunai, kuasa membeli anda meningkat sebanyak $1,224.89 atau +12.2 %.

Jadi, simpanan menggunakan emas merupakan pelaburan cara terbaik.

Fikir-fikirkan lah.
CARA MENGGANDAKAN DINAR

Pada kebiasaannya, bagi menggandakan sesuatu kita perlu menjual. Hasil jualan akan mengakibatkan modal kita untuk berganda.

Saya ingin mengajak kawan-kawan untuk memperbanyakkan simpanan dinar dengan cara berikut...

1. Untuk makluman, Ar-Rahnu di Agro Bank sahaja yang menerima dinar. Beli 10 dinar dengan harga semasa (RM 5383), kita bawa 10 dinar tersebut ke Ar-Rahnu Agro Bank. Kita akan dapat 65% daripada nilai marhum (lebih kurang RM3400).

2. Dengan RM 3400 itu, kita beli 5 dinar dan 1 dinar dengan harga RM 3246. Masih ada baki RM154. Kita bawa 6 dinar tersebut ke Ar-Rahnu Agro Bank dan akan mendapat 65% daripada harga marhumnya iaitu RM 2015.

3. Kini, kita ada RM 2169 untuk membeli dinar lagi. Jadi, dengan membeli 1 dinar x 4 keping lagi dengan harga RM 540 x 4 = RM 2160, selepas itu membawa ke Ar-Rahnu Agro Bank maka kita akan memperoleh 65% daripada harga marhumnya iaitu RM 1300.

4. Kemudian, beli 2 keping 1 dinar dengan harga RM 1080, bawa semula ke Ar-Rahnu Agro Bank dan kita akan dapat RM650 dan beli lagi 1 keping lagi 1 dinar dgn harga RM540. Duit baki didalam tangan kita ialah RM390.

5. Sekarang cuba kita kira berapa banyakkah dinar kita...

10D + 6D + 4D + 2D + 1D = 23 Dinar

Dengan kos purata setiap dinar ialah RM540. Jika harga dinar meningkat ke paras tertinggi (RM600), setiap dinar akan untung RM60.

Jika 23 dinar = RM 1380.

Apabila nilai meningkat (bergantung dengan tempoh emas dimasukkan dalam Ar-Rahnu Agro Bank). Kos upah bagi 1 dinar sebulan lebih kurang RM4. Jika tempoh maksimum iaitu 6 bulan diambil kira, maka kos upahnya ialah RM24. Inilah masanya untuk kita membuat jualan...

Mula-mula kita jual emas yang ada ditangan kita dahulu..ape yang kita ade..1 dinar dan duit RM390...jual 1 dinar dengan harga RM600..

Jadi di tangan kita sekarang ada RM930. Kita tebus 2 dinar dengan harga RM 650 + RM48 = RM698. Jadi kita 2 dinar dan tunai RM232.

Seterusnya, jual 2 dinar dengan harga RM600 x 2 = RM1200..jadi di tangan kita sekarang adaRM1432. Kemudian kita tebus 4 dinar dengan harga RM 1300 + RM96 = RM1396.

Jadi kita 4 dinar dan tunai RM36. Seterusnya, kita jual 4 dinar dengan harga RM600 x 4 = RM2400..

Maka, di tangan kita sekarang ada RM2436. Seterusnya, kita tebus 6 dinar dengan harga RM 2015 + RM144 = RM2159. Jadi pegangan kita adalah 6 dinar dan tunai RM277.

Seterusnya, kita jual 6 dinar dengan harga RM600 x 6 = RM3600..jadi di tangan kita sekarang ade RM3877. Kita tebus 10 dinar dengan harga RM 3400 + RM240 = RM3640. Jadi kita sudah ada 10 dinar dan tunai RM237.

Seterusnya, kita jual 10 dinar dengan harga RM600 x 10 = RM6000.. jadi di tangan kita sekarang ada RM6237.00.

Dengan ditolak modal asal yang hanya RM5383, RM6237 - RM 5383 = RM 854.

Keadaan ini akan berlaku jika kenaikan emas dalam masa 6 bulan, bagaimana jika peningkatan nilai hanya mengambil masa 3 bulan?

Kita hanya perlu menanggung kos upah selama 3 bulan sahaja ataupun 1 dinar kos upahnya yang hanya RM12.

Untuk mengurangkan kos asal, antara kaedah yang boleh digunakan ialah membeli ketika harga rendah dan menjual pada harga tinggi..

Fikir-fikirlah.


wassalam

ShoutMix chat widget