Friday, March 5, 2010

Kenapa Perlu Simpan Emas

Adakah Simpanan Tunai keputusan yang terbaik ? Dalam keadaan kewangan dan geopolitik yang tidak menentu, simpanan tunai boleh jadi pilihan terbaik, tetapi betulkah simpanan tunai menolong kamu?

Sejak 2002, purata simpanan dalam US dollar memberi pulangan kurang dari 1% (Source: Bankrate.com). Dengan mengambil kira kadar inflasi pada jangka waktu yang sama iaitu purata sebanyak 3%, maka simpanan anda sebenarnya berkurangan pada Disember 2004 berbanding Januari 2002. Sedangkan pada jangka waktu yang sama, harga emas dalam US dollar meningkat sebanyak 57 %.

Bagaimana duit emas (dinar emas) dapat mempertahankan simpanan anda?

Katakan anda menyimpan $10,000 tunai dalam akaun bermula awal 2002. Selepas tiga tahun, kuasa membeli anda pada akhir tahun akan berkurangan -$681.36 atau - 6.8% selepas mengambil kira inflasi yang berlaku.

Tetapi jika kamu menggunakan $3,000 untuk membeli emas dan bakinya dalam akaun tunai, kuasa membeli anda meningkat sebanyak $1,224.89 atau +12.2 %.

Jadi, simpanan menggunakan emas merupakan pelaburan cara terbaik.

Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget